Pengenalan Kelas sosial biasa disebut dengan diferent social adalah sebagai suatu Starfikasi sosial menentukan kedudukan sosial kita di dalam masyarakat

Pengenalan
            Kelas sosial biasa disebut dengan diferent social adalah sebagai suatu Starfikasi sosial menentukan kedudukan sosial kita di dalam masyarakat. Kadangkala kita terikat kepada sesuatu status sosial kerana faktor kelahiran,seperti contoh kita ditakdirkan sebagai anak sultan. Tetapi ada juga kes di mana kita mampu untuk mengubah nasib kekeluargaan jika mempunyai kadar mobiliti yang tinggi. Dalam ketidaksamaan sosial wujud tiga kriteria asas untuk mengukur tahap tersebut, antaranya ialah kekayaan, kekuasaan dan yang terakhir status dan prestij. Ketidaksamaan peluang hidup ini biasanya diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Menurut pakar-pakar antropologi, terdapat dua jenis masyarakat berstrata yang dibezakan menurut mobiliti sosial iaitu masyarakat berstrata sistem kelas dan masyarakat India yang menggunakan sistem kasta
2.0 Definisi sistem kelas dalam masyarakat berstrata
Dalam masyarakat kita biasa temui berbagai golongan masyarakat yang pada dasarnya terdapat perbezaan tingkat antara golongan satu dengan golongan yang lainnya. Wujudnya golongan yang berlapis- lapis ini mengakibatkan terjadinya stratifikasi sosial.(Karsidi Ravik,1998).

Oleh kerana itu, dalam ilmu sosiologi ini menjadi perbahasan mengenai lapisan- lapisan masyarakat atau yang biasa disebut dengan stratifikasi sosial. Istilah stratifikasi berasal dari kata strata dan stratum yang bermaksud lapisan, disebabkan itu strafikasi sosial sering diterjemahkan dengan lapisan masyarakat. Setiap individu yang mempunyai kedudukan yang sama menurut ukuran masyarakatnya, dikatakan berada dalam suatu lapisan (stratum). Strafikasi sosial adalah sistem yang membezakan individu dalam masyarakat yang menempatkan pada kelas- kelas sosial yang berbeza- beza secara kedudukan hierarki dan memberikan hak serta kewajipan yang berbeza- beza antara individu dengan suatu lapisan yang lainnya.( Indiato Muin,2004)
Stratifikasi sosial atau pelapisan sosial pada asasnya berbicara tentang penguasaan sumber-sumber sosial. Sumber sosial adalah segala sesuatu yang dipandang oleh masyarakat sebagai suatu yang sangat berharga. Stratifikasi sosial adalah perbezaan penduduk atau masyarkat ke dalam kelas-kelas secara bertingkat. Pelapisan sosial ini tentunya tidak akan berlaku secara umum, ini disebabkan setiap bandar ataupun desa masing- masing mempunyai karakter yang berbeza.( Abid Rohman,2013)
Sistem stratifikasi sosial adalah perbezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara bertingkat, yang diwujudkan dalam kelas tinggi, kelas sedang, dan kelas bawahan. Dasar dan maksud sistem stratifikasi masyarakat adalah wujudnya ketidakseimbangan pembahagian hak dan kewajipan, serta tanggungjawab masing-masing kepada individu atau kelompok dalam suatu sistem sosial.(Pitirin A.Sorokin,1998).

Dari beberapa definisi yang dikemukakan oleh para ahli sosiologi diatas dapat dibuat kesimpulan bahawa kelas sosial adalah perbezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara bertingkat, yang mana terjadinya perbezaan kelas dalam masyarakat tersebut berdasarkan pada faktor ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan berkaitan status (jabatan) seorang anggota keluarga dengan status anggota keluarga yang lain, apabila status pekerjaan keluarga naik, maka status anggota keluarga yang lain turut naik juga. Sistem kelas wujud berdasarkan lapisan-lapisan atau kelas-kelas tinggi, sedang, ataupun kelas-kelas yang rendah.( Paul B. Horton,2007)
3.0 Lima jenis sistem kelas dalam masyarakat
Sistem kelas, wujudnya mobiliti sosial. Ini dimaksudkan banyak pergerakkan berlaku sama ada ke atas atau ke bawah tangga sosial. Dengan makna kata lain, seseorang individu itu dapat mengubah nasibnya apabila mereka berusaha bersungguh- sungguh untuk mendapatkan kekayaan, kekuasaan, dan prestij dalam hidup mereka. Inilah yang dimaksudkan dengan status capaian apabila seseorang individu mampu mengubah haluan hidupnya untuk lebih berjaya berdasarkan kelayakan dan kebolehan yang ada pada dirinya. Sistem kelas biasanya terdiri daripada kelas kapitalis, kelas menengah atasan, kelas menengah, kelas buruh dan kelas yang terakhir adalah kelas bawahan.(Nota OUM,2018)
3.1 Kelas Kapitalis
Kelas ini terdiri daripada keluarga- keluarga kaya yang berpengaruh (Rockefeller, Carnegei), CEO dan pemilik bisnes yang besar dan mewah. Kekayaan mereka banyak bergantung kepada aset- aset seperti saham, bon, sekuriti, dan harta tanah. Ini kerana, mereka memiliki cara pengeluaran dan harta tanah (mean of production), mereka merupakan orang yang menyediakan dan menentukan nasib untuk golongan masyarakat yang lain. Kelas Kapitalis juga dikenali sebagai Kelas atas oleh sejumlah ilmuan sosial, kelas ini mempunyai kekayaan yang sangat besar berbanding kelas yang lain, pengaruh baik dalam sektor-sektor masyarakat perseorangan ataupun umum, mereka menjana pendapatan yang baik, tingkat pendidikan yang tinggi, dan kestabilan kehidupan keluarga. Kebanyakkan golongan ini sudah lama berpengaruh dalam masyarakat dan sudah memiliki kekayaan yang begitu lama.( Kamanto sunarto.) Kapitalis adalah sebuah sistem produksi komoditi perdagangan, dimana alat-alat produksi dimiliki secara peribadi oleh individu dari golongan kapitalis, sementara buruh yang tidak memiliki apa-apa selain tenaganya, menjual tenaganya kepada para pemilik modal untuk mendapatkan balasan. Masyarakat kapitalis merupakan seseorang individu yang berharta, mereka menguasai sumber-sumber kekayaan dan bertindak sehendak hatinya, serta tidak membelanjakan harta tersebut kepada golongan lain, tetapi mereka akan menggunakan harta untuk kepentingan peribadinya. Sehingga mereka merampas kepentingan masyarakat demi untuk menambah kekayaan yang sedia ada.

3.2 Kelas menengah atas
Kelas ini terdiri daripada golongan profesional contohnya seperti doktor, peguam, dan pemilik bisnes, atau mereka yang menguruskan perbadanan- perbadanan yang dimiliki oleh golongan kelas kapitalis. Kekayaan mereka lebih lebih banyak bergantung kepada gaji ekskutif yang tiggi berbanding pemilikan aset. Kelas ini mempunyai pendidikan yang tinggi dan dari kalangan mereka ramai yang mempunyai ijazah, pasca siswazah dan mampu mendidik dan menghantar anak- anak mereka ke institusi pengajian tinggi.

3.3 Kelas menengah
Kelas ini terdiri daripada mereka yang bekerja keras dan mempunyai gaji yang sederhana seperti usahawan kecil, guru, jururawat dan sebagainya. Mereka ini merasai keselamatan kerja tetapi masih diancam oleh inflasi dan cukai. Dengan menggandakan usaha, mereka mampu memperbaiki nasib mereka dan mencapai status yang lebih tinggi. Hubungan ini akan membentuk suatu perubahan yang mungkin lebih dinamis untuk mengguna atau menciptakan integrasi antar kelompok masyarakat dalam hubungannya dengan ilmu pengetahuan sosial, yang selalu diikuti oleh dua fahaman. Kefahaman tersebut adalah “budaya dan struktur, perubahan dan stabilitas, dinamis dan statis, individu dan kolektif, nature dan nurture, makro dan mikro, matrealis dan idealis, fakta dan nilai, objektif dan subjektif, rasional dan irrasional dan lain- lain lagi.(Wewik Stiyani,2007). Sebahagian besar masyarakat menyatakan bahawa kelas menengah memainkan peranan yang penting sebagai peneraju dalam pembangunan ekonomi dan perubahan kearah demokrasi politik.( Benny Subianto,1999). Definasi kelas menengah dalam erti kata lain adalah lapisan masyarakat yang terdiri daripada masyarakat pelajar, para profesional dan pemilik perniagaan pada skala kecil dan pertengahan. Contohnya, keluarga yang dikategorikan sebagai golongan kelas sosial menengah adalah mereka yang hidupnya tidak miskin dan tidak juga kaya, dalam erti kata lain, keperluan hidup mereka mampu dipenuhi dengan keperluan dan kehendak. Kedudukan mereka lebih baik dari keluarga yang berada di lapisan bawah (miskin).

3.4 Kelas Buruh
Kelas ini terdiri daripada pekerja- pekerja yang melakukan tugas- tugas rutin yang memerlukan penyelian seperti pekerja kilang, kerani, buruh kasar, dan sebagainya. Mereka biasanya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan disebabkan lemah dalam pendidikan menyebabkan mereka kurang upaya untuk mencapai status yang lebih tinggi. Rezeki mereka bergantung kepada keadaan ekonomi semasa dan mereka mungkin dibuang kerja jika berlakunya kemelestan ekonomi bertujuan untuk mengurangkan kos operasi. Setiap individu yang berada dalam kelas ini perlu mengerahkan tenaga dan beruasaha bersungguh- sungguh untuk mendapatkan hasil bagi menampung kos kekeluargaan. Kelas buruh ini banyak menggunakan keupayaan fizikal dan mental agar individu dapat menyumbangkan sesuatu kepada proses pengeluaran. Tenaga buruh adalah satu komponen sumber manusia yang menjadi input dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Sebagai ganjaran kepada sumbangan itu, buruh dibayar upah yang berbentuk wang, barang barang atau sebagainya. Bagi majoriti penduduk terutama golongan miskin, upah adalah sumber utama pendapatan mereka dan bagi negara membangun termasuk Malaysia, pendapatan upah adalah komponen terbesar sumber pendapatan penduduk negara itu.(Surtahman Kastin dan Abd. Ghafar,2001)
3.5 Kelas Bawahan
Kelas ini terdiri daripada mereka yang bergelut dengan kemiskinan kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk mendapatkan pendapatan bulanan seperti kelas yang lain- lain. Disebabkan kekurangan pada individu dalam kelas ini menyebabkan mereka terus terkeluar daripada masyarakat kerana banyak masalah yang timbul berpunca daripada golongan ini. Antara gejala yang timbul seperti pengangguran, gejala sosial seperti merempit, terlibat dengan penagihan dadah,kecurian dan banyak lagi. Taraf pendidikan mereka amat rendah, dan ada kalanya ada diantara mereka buta huruf. Disebabkan masalah tersebut mereka agak sukar untuk mendapatkan pendapatan secara bulanan. Oleh sebab itu, Marx telah menentang pendapat ahli sejarawan kelas pertengahan yang mengandaikan bahawa perjuangan kelas akan berakhir dengan kebangkitan kelas bourgeois. Ia merupakan respon kepada persepsi ahli ekonomi klasik yang menyifatkan sistem kapitalis bersifat kekal dan berterusan. Ini kerana Marx menjangkakan revolusi kebangkitan kesedaran dan kuasa yang dimiliki oleh golongan proletariat industri akan dijana ke arah keadilan ekonomi yang masih mengekalkan perjuangan kelas dan perubahan revolusioner. Kenyataan Marx tersebut telah dibuktikan melalui pengutusan surat Marx kepada Weydemeyer (5 March 1852) di mana beliau begitu yakin bahawa perjuangan kelas bukanlah sebuah bentuk masyarakat yang kekal, tetapi ditentukan oleh perkembangan sejarah pengeluaran. Perjuangan kelas hanya akan ditamatkan melalui penghapusan sistem kapitalisme dan kewujudan masyarakat tanpa kelas (komunisme),( Karl Marx,1979).

Sistem kasta Hindu dalam tradisi India
Tradisi India merupakan salah satu tamadun yang ada di dunia ini. Tamadun ini merupakan tamadun yang paling awal ditemui oleh para pengkaji 1000 tahun lebih awal dari tamadun China dan 3000 tahun terlambat daripada Tamadun Mesir Purba. Tamadun India dianggap istimewa kerana mampu mengekalkan tradisi kebudayaannya tanpa mengalami banyak perubahan. Keunikan tamadun India juga terletak pada pengaruh agama besar dunia iaitu Hindu, Buddha, dan Islam. Dalam bidang sosial, aspek yang paling ketara bagi masyarakat India ialah sistem kastanya. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem jati. Teori sistem kasta menyatakan bahawa Tuhan telah membahagikan masyarakat India kepada empat kasta yang berbeza.(nota OUM). Sistem kasta merupakan sistem sosial yang digunakan oleh masyarakat India. Sistem ini berperanan sebagai satu sistem lapisan sosial yang tertutup dan tetap untuk membezakan masyarakat berdasarkan kelas sosial dan ekonominya, individu yang tergolong dalam dalam sistem kasta akan mempercayai bahawa takdirnya telah ditentukan sejak kelahirannya. Sistem kasta tidak mempunyai mobiliti sosial dan merupakan salah satu sistem kasta yang paling masyur di dunia ialah sistem kasta Hindu di India.

Menurut Ensiklopedia Malaysiana, kasta bermaksud suatu sistem stratifikasi yang berasaskan kepada tradisi di India. Satu kasta adalah satu lapisan masyarakat yang berasaskan kepada warisan. Antara ciri-ciri utama sistem kasta seperti yang diamalkan dalam masyarakat Hindu tradisi ialah keanggotaan ditentukan secara warisan iaitu status seseorang individu yang dilahirkan dalam sesuatu kasta tertentu tidak dapat diubah. Perkahwinan dibenarkan hanya sesama anggota kasta yang sama sahaja. Jenis pekerjaan juga boleh dikaitkan dengan kelompok kasta tertentu. Sistem kasta mempunyai hubungan sosial yang ketat. Misalnya anggota daripada kasta yang berlainan tidak dibenarkan makan di tempat yang sama. Interaksi golongan kasta tinggi dan rendah juga tidak boleh terbuka dan sama rata. Golongan kasta tinggi biasanya memandang rendah kasta paling bawah. Ia bermakna mobiliti sosial yang cukup terhad. Inilah juga antara punca mengapa yang miskin terus kekal miskin, yang kaya bertambah kaya. Seorang pakar sosiologi, Oliver Cox pernah menulis bahawa sistem kasta tidak sesuai diamalkan di luar negara India. Dalam soal kasta ini, musuh orang India datangnya dari kaum India itu sendiri, bukannya datang dari kaum lain. (utusan online, 2011 ).

Dalam masyarakat India kasta yang dianggap paling tiggi adalah Brahmin, kasta ini terdiri daripada golongan cendekiawan dan golongan yang meneraju agama Hindu. Golongan ini dianggap paling suci di dalam sistem kasta dan memegang tugas yang memerlukan kebijaksanaan dan kuasa akal yang tinggi. Selain itu, kasta Ksatriya menjaga peranan pentadbiran dan pertahanan untuk menjaga keamanan dari diserang oleh musuh. Kasta ketiga adalah Vaisya, golongan ini terdiri daripada petani, pedagang, pelukis. Pekerjaan yang mereka lakukan untuk mendapat keuntungan dan memastikan ekonomi dinegara India berjalan dengan lancar. Dalam masyarakat India juga pernikahan turut menjadi perdebatan masalah, ini kerana perkahwinan yang berbeza kasta seperti ini sangat dihindari oleh penduduk di Kecamatan Toili Barat. Pihak keluarga perempuan biasa tidak akan mengizinkan anak gadis mereka untuk menikah dengan lelaki yang memiliki kasta lebih rendah. Hal ini disebabkan oleh atas pemikiran mereka bahawa perkawinan yang berbeza kasta akan mengakibatkan terjadinya ketegangan atau noda-noda dalam keluarga,kerana pernikahan ini sangat dihindari dan menjadi mimpi ngeri jika terjadi secara terpaksa tanpa ada pilihan dan tidak ada alternatif lainnya. Perempuan yang menikahi laki-laki yang berkasta lebih rendah akan mengalami turun kasta mengikuti kasta suaminya, yang disebut nyerod atau turun kasta. Ketiga- tiga anggota kasta diatas terdiri daripada bangsa Arya (Brahmin, Ksatriya, Vaisya) dan yang keempat kasta Sudra. Kasta ini terdiri daripada golongan buruh dan kuli, mereka melakukan tugas untuk tiga kasta di atas mereka. Dalam masyarakat India juga ada satu kasta yang tidak diiktiraf oleh masyarakat mereka sendiri, kasta tersebut dikenali sebagai Pariah. Golongan ini dianggap “kotor” dan oleh sebab itu hanya layak melakukan kerja- kerja yang remeh seperti mencuci tandas. Disebabkan itu, mereka digelar “the untouchables” yakni mereka tidak boleh disentuh. Sekiranya seseorang itu melanggar kod etika yang bersangkutan dengan kastanya maka kelahiran semula akan terjejas, masyarakat India menganggap hukum karma itu wujud diatas perbuatan baik buruk mereka. Amalan kasta ini tidak pernah sejajar dengan teorinya.
KESIMPULAN
Stratifiksasi sosial merupakan ketidaksamaan strata atau perbezaan kelas dan darjat yang ada dalam masyarakat. Strata itu terbentuk karena adanya beberapa faktor penting, diantaranya ialah kekayaan, kecerdasan, kekuasaan, dan lain-lain. Kemudian stratifikasi sosial ini memiliki beberapa bentuk diantaranya kasta-kasta dan kelas sosial, sehingga kita biasa melihat perbezaan atau bentuk strata yang ada dalam sesuatu kelompok masyarakat.

            Kelas sosial biasa disebut dengan diferent social adalah sebagai suatu strata ( lapisan ) orang-orang yang berkedudukan sama dalam kontinum ( rangkaian kesatuan ) status sosial. Kelas sosial juga didefinisikan sebagai pembagian anggota masyarakat ke dalam suatu hierarki status kelas yang berbeda sehingga para anggota setiap kelas secara relatif mempunyai status yang sama, dan para anggota kelas lainnya mempunyai status yang lebih tinggi atau lebih rendah. Stratifiksasi sosial merupakan ketidaksamaan strata atau perbedaan kelas dan derajat yang ada dalam masyarakat. Strata itu terbentuk karena adanya beberapa faktor penting, diantaranya ialah kekayaan, kecerdasan, kekuasaan, dan lain-lain. Kemudian stratifikasi sosial ini memiliki beberapa bentuk diantaranya kasta-kasta dan kelas sosial, sehingga kita bisa melihat perbedaan atau bentuk strata yang ada dalam suatu kelompok masyarakat.

strata ( lapisan ) orang-orang yang berkedudukan sama dalam kontinum ( rangkaian kesatuan ) status sosial. Kelas sosial juga didefinisikan sebagai pembagian anggota masyarakat ke dalam suatu hierarki status kelas yang berbeda sehingga para anggota setiap kelas secara relatif mempunyai status yang sama, dan para anggota kelas lainnya mempunyai status yang lebih tinggi atau lebih rendah.

            Konsep gender berbeda dengan sex, sex merujuk pada perbedaan jenis kelamin yang pada akhirnya menjadikan perbedaan kodrati antara laki-laki dan perempuan, berdasar pada jenis kelamin yang dimilikinya, sifat biologis, berlaku universal dan tidak dapat diubah. Adapun gender (Echols dan Shadily, 1976, memaknai gender sebagai jenis kelamin) adalah sifat yang melekat pada laki-laki dan perempuan yang dikonstruksi secara sosial mahupun kultural (Faqih, 1999), dengan begitu jelas nampak bahwa pelbagai pembezaan tersebut tidak hanya mengacu pada perbedaan biologis, tetapi juga mencakup nilai-nilai sosial budaya.

            Konsep ras dan enik telah lama menjadi suatu bagian penting dari perbendaharaan terminologi sosiolog dan ilmuan sosiologi lainya. Ini disebabkan karena sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun lalu ras dan etnik merupakan faktor yang sangat mendasar bagi konstuksi sejumlah sistem sebuah stratifikasi. Cukup lama para pakar mendekati konsep ini dengan mengartikanya menurut pengertian biologis, dimana ras dipandang sebagai kelompok orang ang dipisahkan oleh genetik yang berbeza. Sehingga muncul berbagai istilah seperti ‘stok”(keturunan) dan ” sustok”(subketurunan).

            Konsep ras dan enik telah lama menjadi suatu bahagian yang penting dari perbendaharaan terminologi sosiolog dan ilmuan sosiologi lainya. Ini disebabkan kerana sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun lalu ras dan etnik merupakan faktor yang sangat mendasar bagi konstuksi sejumlah sistem sebuah stratifikasi. Cukup lama para pakar mendekati konsep ini dengan memahami menurut pengertian biologis, dimana ras dipandang sebagai kelompok orang yang dipisahkan oleh genetik yang berbeza. Sehingga muncul pelbagai istilah seperti ‘stok”(keturunan) dan ” sustok”(subketurunan).

RUJUKAN
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive#ixzz5LQVwhnrS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Abid Rohman, Stratifikasi Sosial Dalam Al-Qur’an, Jurnal Sosiologi Islam, Vol. 3, No.1, April 2013, ISSN:
2089-0192, hal. 19.

Benny Subianto, “Kelas Menengah Indonesia: Konsep yang Kabur, dalam Kelas Menengah Bukan
Ratu Adil” ( Yogyakarta: Tiara Wacana,1999), h. 7
Indianto Muin, Sosiologi, (Jakarta: Erlangga, 2004), hal. 48.

Karsidi Ravik, Sosiologi Pendidikan, (Semarang: UNS Press, 1998),
Kamanto sunarto, “Pengantar Sosiologi”, op.cit., h. 110
26
Marx, K. 1979. The Letters of Karl Marx. Terj. Saul K. Padover. New Jersey : Prentice-Hall
Inc.

Paul B. Horton , “Sosiologi” , (Jakarta : erlangga 2007), Jilid 2 h. 7-6
Pitirin A. Sorokin, Social Stratification, (New York: Harper, 1998), hal. 36.

Wiwik Setiyani, Konversi agama studi faktor pindah agama dari kristen ke islam pada
masyarakat kelas menengah, Tesis Sarjana Pendidikan, (Surabaya: Perpustakaaan IAIN, 2007), h.20.t.d.